Anak Bercakap

9 Kunci Bantu Anak Bercakap
Bina komunikasi dua hala, tambah perkataan dan beri anak peluang belajar bercakap dalam aktiviti harian.
Ruang pembelajaran untuk ibu bapa membantu anak bercakap, berkomunikasi dan membina kemahiran penting dalam kehidupan harian. Belajar melalui video yang mudah difahami, kemudian cuba bersama anak di rumah.

Setiap anak berkembang dengan caranya sendiri. Ada yang memerlukan lebih sokongan untuk bercakap, bermain, makan atau mengurus diri. Ibu bapa pula mungkin mahu membantu, tetapi belum pasti di mana hendak bermula.
e-Kelas By AK dibina untuk mendekatkan panduan terapis dengan kehidupan keluarga — supaya ibu bapa lebih faham keperluan anak dan lebih yakin membimbing mereka dalam rutin harian.
Ibu bapa dan penjaga yang mencari panduan untuk mengajar anak di rumah, termasuk anak yang mengalami kelewatan pertuturan atau cabaran perkembangan.
Penerangan yang mudah difahami, teknik berinteraksi dan idea aktiviti untuk dicuba bersama anak. Tonton mengikut masa sendiri dan ulang bahagian yang diperlukan.
Bermula bersama Pn. Aishah Kassim, Speech-Language Pathologist. Kami merancang untuk memperluas perkongsian bersama barisan terapis lain mengikut bidang kepakaran masing-masing.
Kelas ini memberi panduan umum untuk pembelajaran di rumah. Penilaian individu oleh profesional boleh membantu mengenal pasti sokongan khusus yang diperlukan oleh anak.

Bina komunikasi dua hala, tambah perkataan dan beri anak peluang belajar bercakap dalam aktiviti harian.
Kenali kesukaran anak ketika makan dan cara membimbing kemahiran makan dalam rutin keluarga.
Idea interaksi dan aktiviti untuk menarik perhatian anak serta membantu mereka melibatkan diri ketika belajar.
Baca kandungan dan pilih kelas yang sesuai dengan keperluan anda.
Selesaikan pembelian melalui borang pembayaran kelas.
Selepas bayaran disahkan, gunakan pautan akses untuk mula menonton.